Swedish House Mafia
Swedish House Mafia

Swedish House Mafia

Swedish House Mafia merupakan sebuah kumpulan muzik asal Sweden yang dibentuk pada 2008. Anggotanya berjumlah tiga orang, iaitu Axwell, Steve Angello dan Sebastian Ingrosso. Kumpulan muzik ini bergerak atas genre house elektro. Pada 2012, mereka berada di kedudukan nombor dua belas dalam Top 100 DJ Poll oleh DJ Mag.[1] Lagu terhangat daripada kumpulan itu setakat ini ialah "Don't You Worry Child".[2] Pada 24 Jun 2012, kumpulan itu mengumumkan bahawa mereka akan berpecah. Persembahan terakhir mereka adalah di Ultra Miami (UMF) pada 24 Mac 2013. Pada lima tahun seterusnya, Angello bekerja solo sementara Axwell dan Ingrosso tampil sebagai duo, Axwell & Ingrosso. Pada 25 Mac 2018, kumpulan itu bersatu semula dengan set penutup yang mengejut pada ulang tahun ke-20 UMF di Miami.[3] Kumpulan itu akan mengeluarkan album studio ketiga mereka, Paradise Again pada 2022, melalui label rakaman mereka, Republic.[2]